Thursday, March 31, 2011

Pembangkang bakal tempuhi laluan sukar

Nafsu besar pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR ) dan DAP untuk menawan Sarawak dalam pilihan raya negeri itu hanyalah imaginasi kosong yang tidak akan menjadi kenyataan.
Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Jelaing Mersat  berkata, ia kerana pendekatan yang dibawa kedua-dua parti itu tidak disenangi oleh kebanyakan rakyat di negeri itu.

"Masalah sosio budaya di sana tidak sama dengan di Semenanjung apatah lagi dengan budaya politik ala "makhluk asing" yang cuba diperkenalkan oleh PKR.

"Jadi, saya berpendapat, cita-cita besar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama konco-konconya itu tidak akan berjaya malahan mereka akan merintis jalan mencabar di sana," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Keselamatan Jalan Raya Sekolah-Sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, berdasarkan senario terkini yang melanda pembangkang, ia jelas mencerminkan bahawa mereka tidak bersedia untuk mengambil alih negeri itu melalui saluran demokrasi.

"Macam mana hendak tadbir Sarawak, kalau bab agih kerusi pun tak selesai lagi.
"Bagi DAP pula, mungkin mereka akan berjaya menang beberapa kerusi dalam kawasan bandar tetapi mereka tidak ada keupayaan seperti Barisan Nasional (BN) untuk meluaskan pengaruh ke seluruh negeri," katanya.

1 comment:

  1. Ya budaya politik yang berbeza, namun di Johor masyarakat sudah celik mata dan jika UMNO terus tidur dan anda sebagai ketua di Johor masih mengamalkan politik usang maka tidak mustahil UMNO akan karam di Johor . Dan tika itulah rakyat Johor akan bangkit dan menunding jari kepada anda dan pemimpin UMNO Johor yang gilakan harta tanpa memperjuangkan hak rakyat negeri Johor...

    ReplyDelete

Others Blog List