Thursday, March 31, 2011

DIVERT TAK JADI, ANWAR DISERANG MASALAH LAIN

 
Walau apa pun yang kita tanggapi tentang video seks Anwar Ibrahim mahupun saranan Anwar agar para pengikut Pakatan Rakyat melupakan tentang video itu serta isi kandungannya, sebaliknya menumpukan perhatian kepada Pilihanraya Negeri Sarawak, ia mengundang seribu satu pertanyaan yang tidak mampu dijawab kecuali oleh tuan punya badan.

Ketidaksefahaman yang sedang berlaku di Sarawak, tidak sahaja berkisar tentang pembahagian kerusi yang akan dipertandingkan antara DAP, PKR, PAS dan SNAP, bahkan isu-isu yang hendak dimainkan juga sebenarnya tidak lebih daripada isu-isu basi yang hanya tertumpu kepada Taib Mahmud dan kekayaannya. Isu-isu selebihnya adalah siapa yang sepatutnya menjadi Ketua Menteri menggantikan Taib Mahmud di kalangan Pakatan Rakyat.

Anwar benar-benar ketakutan melihat fenomena yang sedang berlaku sekarang. Bukan sahaja di dalam PAS di mana akar umbi PAS sedang berbelah bahagi untuk menyokongnya seperti yang dilakukan pada tahun 1998, bahkan dalam PKR sendiri, akar umbi PKR turut berterabur.

Keluarnya beberapa orang pemimpin setempat dan negeri dari PKR untuk masuk ke UMNO mahupun ke parti KITA, menyukarkan usaha Anwar untuk mencengkam PAS dan DAP. Keyakinan PAS dan DAP terhadap Anwar juga nampaknya semakin longgar.

Apa yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim sangat mudah difahami. Anwar Ibrahim cuba memprojekkan dirinya sebagai wira di sebalik cerita video lucah tersebut. Anwar hampir berjaya melakukannya.

Namun desakan agar penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video tersebut pasti akan membantutkan impian Anwar Ibrahim untuk terus menjadi hero dan wira.

Beberapa pihak termasuklah dari kalangan pemimpin kanan PAS yang menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video lucah itu, cuba digagalkan oleh Anwar Ibrahim dan orang kuatnya, Azmin Ali. Sebabnya sangat mudah…. Suruhanjaya Diraja yang menyiasat video tersebut, pasti akan mendedahkan pelbagai rahsia Anwar sama ada secara peribadi mahupun orang yang dikatakan menyerupai Anwar Ibrahim di dalam video berkenaan.

Dek kerana itulah, Anwar Ibrahim cepat-cepat meminta agar tumpuan Pakatan Rakyat diberikan kepada Pilihanraya Negeri Sarawak, bukannya video lucah berkenaan!

Seperkara yang pasti, Anwar tidak akan senang hati dengan majlis solat hajat dan munajat yang dilakukan di Stadium Melawati. Sebabnya, dalam banyak keadaan, kebanyakan petunjuk lebih mengarah kepada Anwar Ibrahim sebagai orang bersalah, bukan sebaliknya.

Tengok sahajalah apa yang berlaku dari tahun 1997 sehingga sekarang. Sudah berapa banyak petunjuk yang diperolehi hasil daripada majlis solat hajat. Apa yang dikatakan fitnah dan konspirasi oleh Anwar Ibrahim merupakan keterbalikan di mana dia yang menjadikan fitnah dan konspirasi sebagai denyut nadi politiknya.

Fitnah apa namanya kalau ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan sepakat, Anwar seorang pengamal homoseksual. Konspirasi apa namanya apabila Anwar sendiri menunjukkan dia berbohong tentang penyakitnya menerusi klip-klip video di wad hospital yang menunjukkan betapa seronoknya dia menari mahupun berdiri tanpa sebarang masalah? Dan konspirasi fitnah apa namanya kalau sampai sekarang Anwar tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan mati akibat keracunan arsenik mahupun virus HIV.

Anwar Ibrahim boleh terus berlakon untuk meyakinkan para peminat dan penggemarnya, namun perlu diingat, dia tetap hamba yang tertakluk kepada Khaliq.

No comments:

Post a Comment

Others Blog List