Thursday, March 31, 2011

Video seks - Apa Anwar buat di Thailand

Beberapa pembaca menghantar komen dan juga e mel kepada saya kerana tidak berpuashati dengan tindakan saya tidak menceritakan secara jelas dan penuh hasil pertemuan kami dengan Datuk Eskay dua malam lepas.

Dalam hal ini saya berharap rakan-rakan pembaca semua faham. Ikut hati saya kalau boleh saya nak rakam semua pertemuan itu dan nak siarkan di blog ini untuk tatapan anda. Tetapi saya tidak boleh melakukan semua itu. Datuk Eskay ada perancangan dia yang tertentu dan banyak lagi yang dia akan lakukan. Saya sendiri pun tidak diberitahu apa perancangannya.

Cuma saya difahamkan peperangan Datuk Eskay dan Anwar masih panjang dan banyak bom yang akan meletup lagi sekiranya Anwar tidak meletak jawatan dan berundur dari dunia politik. Apa bom yang ada ditangannya kita pun tak tahu dan tak mungkin dia nak beritahu kepada kita kerana kita baru pertama kali bertemunya melainkan blogger kickdefella yang telah lama beliau kenali.

Datuk Eskay kata dia tidak pernah fikir dalam kepala dia untuk menjatuhkan Pas , menghancurkan PKR atau sebagainya. Malah dia lebih suka jika pembangkang kuat kerana katanya akan memberi keuntungan kepada rakyat. Yang dia nak hanya satu, Anwar berundur dari politik kerana dia tidak layak menjadi pemimpin. Sekiranya Anwar tidak berundur , dia ada cara untuk undurkan Anwar.

Katanya lagi, selagi juak-juak PKR keliling Anwar terus menerus menghentam atau memburuk-burukkan dia atau menuduh dia bersekongkol dengan orang atau parti politik tertentu untuk melakukan konspirasi terhadap Anwar , dia ada cara untuk tutup mulut mereka dan buat biji mata mereka terbeliak. Katanya lagi, dia bukan orang politik dan dia tak minat dengan politik. Yang dia nak hanya satu, Anwar harus berundur.

Buat permulaan dia minta kami tanya lima soalan kepada Anwar.

I) Sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand ?

II) Siapa yang menyambut Anwar di Thailand ?

III) Hotel mana Anwar menginap semasa di Thailand ?

IV) Apa Anwar buat di bilik hotel tersebut ?

V) Siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

Kami cuba bertanya jawapan-jawapannya kepada beliau, tetapi beliau jawab sambil tersenyum

"takpelah, u all pergi tanya dulu soalan-soalan ini kepada dia dan minta dia jawab".

"kalau dia tidak berundur atau orang-orang dia terus menyerang saya, saya akan dedahkan semua itu".

Semalam juak suruhan Anwar, R Sivarasa, seorang india yang berkasta pariah telah menjawab bagi pihak Anwar berhubung lima soalan yang ditanya oleh Datuk Eskay.

Dipetik dari Malaysia Insider
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi “Datuk T” Datuk Shazryl Eskay Abdullah amaran supaya berhenti daripada membuat kenyataan bodoh dan kebudak-budakan mengenai perjalanan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu ke Thailand atau ke mana-mana bahagian di dunia ini.

R. Sivarasa (gambar) berkata tiada pihak yang waras sanggup menjawab persoalan-persoalan sedemikian, yang seolah-olah memperlihatkan keberanian ahli perniagaan itu.
Kenyataan bodoh dan kebudak-budakan ya ? hi...hi...hi...

Dalam perenggan kedua pula R Sivarasa mengakui keberanian yang ada pada Datuk Eskay. Baguslah kalau dia sendiri mengakui Datuk Eskay berani. Kalau benda yang tipu sudah tentu Datuk Eskay tak berani nak kemukakan lima soalan itu kepada Anwar.

Sivarasa kelihatan betul-betul panas dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Datuk Eskay. Why ? why ? why ? Can i fu*k u today ?

Kalau begitulah permintaan Datuk Eskay terhadap lima soalannya kepada Anwar, maka mulai hari ini marilah kita sama-sama berdoa agar Anwar tidak meletak jawatan dan juga kita berharap agak juak-juak PKR terus menghentam Datuk Eskay.

Kalau Anwar letak jawatan atau pun juak-juak PKR mengunci mulut mereka maka kita tidak akan tahu apakah jawapan kepada lima soalan tersebut.

Tolonglah Saifuddin Nasution...

Tolonglah Johari Abdul...

Tolonglah Shamsul Iskandar...

Tolonglah Zuraidah mak lampir...

Tolonglah hentam Datuk Eskay kaw-kaw.

Kami nak tahu sangat apa yang Anwar buat di Thailand.

***Blogger kickdefella dalam tulisan terbarunya menjelaskan kenapa perut Anwar nampak buncit dan punggungnya nampak berisi dalam video berkenaan. Klik di sini

DIVERT TAK JADI, ANWAR DISERANG MASALAH LAIN

 
Walau apa pun yang kita tanggapi tentang video seks Anwar Ibrahim mahupun saranan Anwar agar para pengikut Pakatan Rakyat melupakan tentang video itu serta isi kandungannya, sebaliknya menumpukan perhatian kepada Pilihanraya Negeri Sarawak, ia mengundang seribu satu pertanyaan yang tidak mampu dijawab kecuali oleh tuan punya badan.

Ketidaksefahaman yang sedang berlaku di Sarawak, tidak sahaja berkisar tentang pembahagian kerusi yang akan dipertandingkan antara DAP, PKR, PAS dan SNAP, bahkan isu-isu yang hendak dimainkan juga sebenarnya tidak lebih daripada isu-isu basi yang hanya tertumpu kepada Taib Mahmud dan kekayaannya. Isu-isu selebihnya adalah siapa yang sepatutnya menjadi Ketua Menteri menggantikan Taib Mahmud di kalangan Pakatan Rakyat.

Anwar benar-benar ketakutan melihat fenomena yang sedang berlaku sekarang. Bukan sahaja di dalam PAS di mana akar umbi PAS sedang berbelah bahagi untuk menyokongnya seperti yang dilakukan pada tahun 1998, bahkan dalam PKR sendiri, akar umbi PKR turut berterabur.

Keluarnya beberapa orang pemimpin setempat dan negeri dari PKR untuk masuk ke UMNO mahupun ke parti KITA, menyukarkan usaha Anwar untuk mencengkam PAS dan DAP. Keyakinan PAS dan DAP terhadap Anwar juga nampaknya semakin longgar.

Apa yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim sangat mudah difahami. Anwar Ibrahim cuba memprojekkan dirinya sebagai wira di sebalik cerita video lucah tersebut. Anwar hampir berjaya melakukannya.

Namun desakan agar penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video tersebut pasti akan membantutkan impian Anwar Ibrahim untuk terus menjadi hero dan wira.

Beberapa pihak termasuklah dari kalangan pemimpin kanan PAS yang menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video lucah itu, cuba digagalkan oleh Anwar Ibrahim dan orang kuatnya, Azmin Ali. Sebabnya sangat mudah…. Suruhanjaya Diraja yang menyiasat video tersebut, pasti akan mendedahkan pelbagai rahsia Anwar sama ada secara peribadi mahupun orang yang dikatakan menyerupai Anwar Ibrahim di dalam video berkenaan.

Dek kerana itulah, Anwar Ibrahim cepat-cepat meminta agar tumpuan Pakatan Rakyat diberikan kepada Pilihanraya Negeri Sarawak, bukannya video lucah berkenaan!

Seperkara yang pasti, Anwar tidak akan senang hati dengan majlis solat hajat dan munajat yang dilakukan di Stadium Melawati. Sebabnya, dalam banyak keadaan, kebanyakan petunjuk lebih mengarah kepada Anwar Ibrahim sebagai orang bersalah, bukan sebaliknya.

Tengok sahajalah apa yang berlaku dari tahun 1997 sehingga sekarang. Sudah berapa banyak petunjuk yang diperolehi hasil daripada majlis solat hajat. Apa yang dikatakan fitnah dan konspirasi oleh Anwar Ibrahim merupakan keterbalikan di mana dia yang menjadikan fitnah dan konspirasi sebagai denyut nadi politiknya.

Fitnah apa namanya kalau ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan sepakat, Anwar seorang pengamal homoseksual. Konspirasi apa namanya apabila Anwar sendiri menunjukkan dia berbohong tentang penyakitnya menerusi klip-klip video di wad hospital yang menunjukkan betapa seronoknya dia menari mahupun berdiri tanpa sebarang masalah? Dan konspirasi fitnah apa namanya kalau sampai sekarang Anwar tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan mati akibat keracunan arsenik mahupun virus HIV.

Anwar Ibrahim boleh terus berlakon untuk meyakinkan para peminat dan penggemarnya, namun perlu diingat, dia tetap hamba yang tertakluk kepada Khaliq.

Mampukah Pas turunkan harga barang

Terdesak mencari isu yang boleh disensasikan untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang, sudah ada arahan kepada semua cawangan PAS diseluruh negara untuk menaikkan poster/banner mengenai kenaikan harga barang dan menyalahkan kerajaan BN di atas kenaikan itu.

Bukan setakat cawangan, majoriti blog-blog milik PAS pun sudah memainkan isu ini.

Nampaknya subsidi makanan dan barangan untuk barang-barang keperluan yang diperkenalkan kerajaan BN, sudah berubah menjadi senjata politik pembangkang untuk menyerang kerajaan semula.
Ia dirancang dengan teliti dengan tujuan untuk menimbukan kebencian rakyat dan mengalihkan undi kepada mereka.

Untuk berdiri atas kekuatan sendiri memang bukan gaya PAS walaupun modal terbesarnya ialah modal agama, Islam.  Dikelilingi golongan sosialis dan sekular dari luar dan dalam, modal Islam PAS sudah tidak lagi laku dan diterima majoriti orang Islam di Malaysia, termasuk pengundi tradisinya sendiri.

Maka itu PAS beralih kepada isu harga barang yaitu berkenaan tinggi rendah subsidi – itupun sistem yang diperkenal kerajaan BN.

Walhal kita pun tahu harga barangan keperluan di dunia ini adalah ditentukan oleh kuasa pasaran – bekalan dan permintaan.  Untuk mengurangkan beban, kerajaan BN memberikan subsidi untuk barangan-barangan keperluan tertentu.

Itulah pun yang boleh dilakukan, tapi jika harga terus meningkat akibat faktor-faktor luaran, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan subsidi atau peruntukkan untuk perkara-perkara lain termasuk pembangunan, terpaksa ditangguhkan.

Selain itu banyak lagi faktor yang turut mempengaruhi turun naik pasaran, tidak terkecuali krisis yang berlaku dibeberapa negara pembekal utama.

Soalnya, bagaimana sebuah entiti sekecil PAS mampu mengawal pasaran dunia yang menentukan turun naik harga barangan  agar murah sentiasa demi memenuhi janjinya kepada rakyat Malaysia?  Itu satu hal, hal lagi satu, berapa lama mereka mampu menahan asakan kenaikan itu?

Dalam soal makanan, kita bergantung juga kepada negara luar, sebab itu untuk tahun 2009 saja, sejumlah RM 27 biliion diperlukan bagi mengimport makanan-makanan tertentu.  Apa kekuatan yang PAS ada untuk memastikan harga barangan yang diimport ini kekal rendah?

Ini yang perlu PAS jelaskan kepada rakyat, apa strategi dan methadologi yang nak digunakan untuk merealisasikan janji mereka dalam soal penurunan harga barangan ini.  Setakat nak cakap tunggu jadi kerajaan, itu sapa pun boleh cakap.

Kerajaan BN sekarang terbukti berjaya mengimbangi antara keperluan memberikan subsidi dan mengekalkan rejim percukaian pada tahap yang boleh ditanggung rakyat.  Seperti beberapa negara lain, walaupun harga barangan dan sektor perkhidmatan tertentu kelihatan murah tapi cukai yang dikenakan teramatlah tinggi.

Bak kata orang putih, nothing comes free in life.

Tapi yang menjadi ketakutan utama kita ialah harga barang ini hanyalah modal kempen semata-mata.  Dalam soal air di Pulau Pinang dan Kedah yang diperintah pembangkang, rakyat kedua negeri tersebut terpaksa menerima kenaikan berpuluh peratus, alasan kerana kenaikan kos bahan mentah merawat air – alasan sama kalau diberikan kerajaan BN akan ditentang oleh pembangkang habis habisan.

Pembangkang bakal tempuhi laluan sukar

Nafsu besar pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR ) dan DAP untuk menawan Sarawak dalam pilihan raya negeri itu hanyalah imaginasi kosong yang tidak akan menjadi kenyataan.
Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Jelaing Mersat  berkata, ia kerana pendekatan yang dibawa kedua-dua parti itu tidak disenangi oleh kebanyakan rakyat di negeri itu.

"Masalah sosio budaya di sana tidak sama dengan di Semenanjung apatah lagi dengan budaya politik ala "makhluk asing" yang cuba diperkenalkan oleh PKR.

"Jadi, saya berpendapat, cita-cita besar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama konco-konconya itu tidak akan berjaya malahan mereka akan merintis jalan mencabar di sana," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Keselamatan Jalan Raya Sekolah-Sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, berdasarkan senario terkini yang melanda pembangkang, ia jelas mencerminkan bahawa mereka tidak bersedia untuk mengambil alih negeri itu melalui saluran demokrasi.

"Macam mana hendak tadbir Sarawak, kalau bab agih kerusi pun tak selesai lagi.
"Bagi DAP pula, mungkin mereka akan berjaya menang beberapa kerusi dalam kawasan bandar tetapi mereka tidak ada keupayaan seperti Barisan Nasional (BN) untuk meluaskan pengaruh ke seluruh negeri," katanya.

Others Blog List