Thursday, March 31, 2011

Mampukah Pas turunkan harga barang

Terdesak mencari isu yang boleh disensasikan untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang, sudah ada arahan kepada semua cawangan PAS diseluruh negara untuk menaikkan poster/banner mengenai kenaikan harga barang dan menyalahkan kerajaan BN di atas kenaikan itu.

Bukan setakat cawangan, majoriti blog-blog milik PAS pun sudah memainkan isu ini.

Nampaknya subsidi makanan dan barangan untuk barang-barang keperluan yang diperkenalkan kerajaan BN, sudah berubah menjadi senjata politik pembangkang untuk menyerang kerajaan semula.
Ia dirancang dengan teliti dengan tujuan untuk menimbukan kebencian rakyat dan mengalihkan undi kepada mereka.

Untuk berdiri atas kekuatan sendiri memang bukan gaya PAS walaupun modal terbesarnya ialah modal agama, Islam.  Dikelilingi golongan sosialis dan sekular dari luar dan dalam, modal Islam PAS sudah tidak lagi laku dan diterima majoriti orang Islam di Malaysia, termasuk pengundi tradisinya sendiri.

Maka itu PAS beralih kepada isu harga barang yaitu berkenaan tinggi rendah subsidi – itupun sistem yang diperkenal kerajaan BN.

Walhal kita pun tahu harga barangan keperluan di dunia ini adalah ditentukan oleh kuasa pasaran – bekalan dan permintaan.  Untuk mengurangkan beban, kerajaan BN memberikan subsidi untuk barangan-barangan keperluan tertentu.

Itulah pun yang boleh dilakukan, tapi jika harga terus meningkat akibat faktor-faktor luaran, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan subsidi atau peruntukkan untuk perkara-perkara lain termasuk pembangunan, terpaksa ditangguhkan.

Selain itu banyak lagi faktor yang turut mempengaruhi turun naik pasaran, tidak terkecuali krisis yang berlaku dibeberapa negara pembekal utama.

Soalnya, bagaimana sebuah entiti sekecil PAS mampu mengawal pasaran dunia yang menentukan turun naik harga barangan  agar murah sentiasa demi memenuhi janjinya kepada rakyat Malaysia?  Itu satu hal, hal lagi satu, berapa lama mereka mampu menahan asakan kenaikan itu?

Dalam soal makanan, kita bergantung juga kepada negara luar, sebab itu untuk tahun 2009 saja, sejumlah RM 27 biliion diperlukan bagi mengimport makanan-makanan tertentu.  Apa kekuatan yang PAS ada untuk memastikan harga barangan yang diimport ini kekal rendah?

Ini yang perlu PAS jelaskan kepada rakyat, apa strategi dan methadologi yang nak digunakan untuk merealisasikan janji mereka dalam soal penurunan harga barangan ini.  Setakat nak cakap tunggu jadi kerajaan, itu sapa pun boleh cakap.

Kerajaan BN sekarang terbukti berjaya mengimbangi antara keperluan memberikan subsidi dan mengekalkan rejim percukaian pada tahap yang boleh ditanggung rakyat.  Seperti beberapa negara lain, walaupun harga barangan dan sektor perkhidmatan tertentu kelihatan murah tapi cukai yang dikenakan teramatlah tinggi.

Bak kata orang putih, nothing comes free in life.

Tapi yang menjadi ketakutan utama kita ialah harga barang ini hanyalah modal kempen semata-mata.  Dalam soal air di Pulau Pinang dan Kedah yang diperintah pembangkang, rakyat kedua negeri tersebut terpaksa menerima kenaikan berpuluh peratus, alasan kerana kenaikan kos bahan mentah merawat air – alasan sama kalau diberikan kerajaan BN akan ditentang oleh pembangkang habis habisan.

No comments:

Post a Comment

Others Blog List