Tuesday, November 15, 2011

Big Dog telah hilang kredibiliti sebagai pencacai !


Zakhir Mohamad atau dikenali sebagai Big Dog bukanlah sebuah nama besar dalam penulisan dan setiap hasil tulisan beliau mencerminkan keperibadian beliau yang sebenarnya. 

Keperibadian yang dimaksudkan adalah keperibadian anjing besar. Keperibadian yang penuh dengan dengki khianat dan tamak haloba dalam penulisan beliau.

Big Dog tidak akan menulis sesuatu yang baik dan tidak akan menulis dengan niat yang baik. Big Dog akan menulis untuk memuaskan nafsu dendam dan menulis untuk memenuhkan kantung dan poket beliau.

Dendam Big Dog terhadap semua yang berkait dengan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi begitu buruk sekali walaupun Big Dog tidak mengenali mereka secara peribadi.

Apakah mungkin Big Dog terlalu marah kepada mantan Perdana Menteri dan pegawai-pegawainya kerana Big Dog tidak mendapat tambahan projek. Sampai bila Big Dog akan terus bermusuh dengan mereka-mereka ini.

Mereka juga ahli UMNO, mereka juga rakyat Malaysia, mereka juga perlu hidup untuk menyara keluarga, mereka juga ada masa hadapan untuk dihadapi. Mereka bukan pengkhianat negara, mereka hanya bertugas dan melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang diamanahkan untuk membantu pentadbiran di pejabat Perdana Menteri.

Apakah Big Dog cemburu kerana sampai ke hari ini menjadi pencacai. Apakah beliau cemburu kepada Ahmad Zaki Zahid dan kawan-kawan yang lain kerana Ahmad Zaki Zahid mempunyai kebolehan tersendiri yang dinilai oleh pihak lain.

Tak perlulah Big Dog cuba mencantas rezeki orang dan tak perlulah Big Dog menyimpan hasrat dendam dan dengki terhadap orang lain. Pembaca pun sudah tidak percaya dengan penulisan beliau. Zaman berubah, masa berlalu.

1 comment:

  1. Salam perjuangan, bro. blog tuan telah dipautkan. pohon tuan memautkan blog saya www.myhomesoil.blogspot.com . hidup Johor!

    ReplyDelete

Others Blog List