Walau  apa pun yang kita tanggapi tentang video seks Anwar Ibrahim mahupun  saranan Anwar agar para pengikut Pakatan Rakyat melupakan tentang video  itu serta isi kandungannya, sebaliknya menumpukan perhatian kepada  Pilihanraya Negeri Sarawak, ia mengundang seribu satu pertanyaan yang  tidak mampu dijawab kecuali oleh tuan punya badan.
 
Ketidaksefahaman yang sedang berlaku di Sarawak, tidak sahaja  berkisar tentang pembahagian kerusi yang akan dipertandingkan antara  DAP, PKR, PAS dan SNAP, bahkan isu-isu yang hendak dimainkan juga  sebenarnya tidak lebih daripada isu-isu basi yang hanya tertumpu kepada  Taib Mahmud dan kekayaannya. Isu-isu selebihnya adalah siapa yang  sepatutnya menjadi Ketua Menteri menggantikan Taib Mahmud di kalangan  Pakatan Rakyat.
 
Anwar benar-benar ketakutan melihat fenomena yang sedang berlaku  sekarang. Bukan sahaja di dalam PAS di mana akar umbi PAS sedang  berbelah bahagi untuk menyokongnya seperti yang dilakukan pada tahun  1998, bahkan dalam PKR sendiri, akar umbi PKR turut berterabur.
 
Keluarnya beberapa orang pemimpin setempat dan negeri dari PKR untuk  masuk ke UMNO mahupun ke parti KITA, menyukarkan usaha Anwar untuk  mencengkam PAS dan DAP. Keyakinan PAS dan DAP terhadap Anwar juga  nampaknya semakin longgar.
 
Apa yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim sangat mudah difahami.  Anwar Ibrahim cuba memprojekkan dirinya sebagai wira di sebalik cerita  video lucah tersebut. Anwar hampir berjaya melakukannya.
 
Namun desakan agar penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video  tersebut pasti akan membantutkan impian Anwar Ibrahim untuk terus  menjadi hero dan wira.
 
Beberapa pihak termasuklah dari kalangan pemimpin kanan PAS yang  menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video lucah itu,  cuba digagalkan oleh Anwar Ibrahim dan orang kuatnya, Azmin Ali.  Sebabnya sangat mudah…. Suruhanjaya Diraja yang menyiasat video  tersebut, pasti akan mendedahkan pelbagai rahsia Anwar sama ada secara  peribadi mahupun orang yang dikatakan menyerupai Anwar Ibrahim di dalam  video berkenaan.
 
Dek kerana itulah, Anwar Ibrahim cepat-cepat meminta agar tumpuan  Pakatan Rakyat diberikan kepada Pilihanraya Negeri Sarawak, bukannya  video lucah berkenaan!
 
Seperkara yang pasti, Anwar tidak akan senang hati dengan majlis  solat hajat dan munajat yang dilakukan di Stadium Melawati. Sebabnya,  dalam banyak keadaan, kebanyakan petunjuk lebih mengarah kepada Anwar  Ibrahim sebagai orang bersalah, bukan sebaliknya.
 
Tengok sahajalah apa yang berlaku dari tahun 1997 sehingga sekarang.  Sudah berapa banyak petunjuk yang diperolehi hasil daripada majlis solat  hajat. Apa yang dikatakan fitnah dan konspirasi oleh Anwar Ibrahim  merupakan keterbalikan di mana dia yang menjadikan fitnah dan konspirasi  sebagai denyut nadi politiknya.
 
Fitnah apa namanya kalau ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan  sepakat, Anwar seorang pengamal homoseksual. Konspirasi apa namanya  apabila Anwar sendiri menunjukkan dia berbohong tentang penyakitnya  menerusi klip-klip video di wad hospital yang menunjukkan betapa  seronoknya dia menari mahupun berdiri tanpa sebarang masalah? Dan  konspirasi fitnah apa namanya kalau sampai sekarang Anwar tidak  menunjukkan tanda-tanda dia akan mati akibat keracunan arsenik mahupun  virus HIV.
 
Anwar Ibrahim boleh terus berlakon untuk meyakinkan para peminat dan  penggemarnya, namun perlu diingat, dia tetap hamba yang tertakluk kepada  Khaliq.