Saturday, October 1, 2011

TMJ Palsu dalam Facebook

Isu-isu panas dan sensitif yang melibatkan laman sosial Facebook hari ni dah semakin banyak. Misalnya dalam jangka masa terdekat ni saja ada dua individu yang dah popular sebab menghina agama sendiri sebab tak mampu nak menahan lapar ketika berpuasa. Rasanya ramai juga yang tahu pasal tu kan?
Kes yang satu ni pun tak kurang hebat juga. Tapi ni bukan sebab tak tahan puasa, tapi mungkin gian sangat nak melayan ‘peminat’ sampai sanggup menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) di Facebook.
Facebook palsu TMJJOHOR BAHRU – Tindakan seorang individu yang didakwa menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim di laman rangkaian sosial Facebook mencetuskan satu lagi insiden yang menimbulkan rasa kurang senang keluarga diraja Johor.
Individu terbabit yang hanya dikenali sebagai Miky dikatakan mengendalikan dua akaun Facebook iaitu Diari Harian Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Tunku Mahkota Johor (Penasihat Utama TMJ). Yang hebatnya si penyamar ni, dia dapat memuat naik gambar-gambar dan aktiviti-aktiviti harian Tunku Ismail dan turut melayan komen-komen peminat yang menyangka beliau adalah TMJ. Bayangkan, lebih 10,000 orang telah jadi peminatnya.
Saya tak pasti sama ada kes ni boleh diklasifikasikan sebagai kes menghina atau sekadar melibatkan penipuan, tapi tindakan ni boleh juga menjatuhkan martabat seseorang, apatah lagi ia melibatkan salah seorang kerabat di-Raja. Dan kalaulah ianya memang benar melibatkan pemalsuan atau penipuan, tentunya sekali Sultan Johor akan murka. Pandai-pandailah individu terbabit menjawabnya nanti.
Jadi untuk ingatan bersama, sama-samalah kita gunakan kemudahan laman sosial untuk dapatkan manfaat yang baik, bukan mendapatkan hasil atau keseronokan melalui cara yang tak betul.
p/s: Kes ini masih dalam siasatan dan individu terbabit dianggap tidak bersalah selagi hukuman belum diputuskan.
Sumber: Kosmo online

Others Blog List